Sunday, April 3, 2011

Mula

Hola !

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya, gua terbuka hati untuk mencipta sebuah blog. Jujur gua cakap blog ini tiada faedah dan manfaat kepada pembaca. Mungkin hanya akan menyentuh hati sesetengah pihak. Itu gua tak pedulik. Yang penting gua puas.

Hati gua rasa terpanggil untuk menulis ni bukannya apa, tak tahan dengan penulis blog zaman sekarang. Terlampau banyak sampaikan ada yang guna skill copy blog orang masuk ke blog sendiri. Itu dah dikira main bangsat. Kalau rasa kepala otak dah tak boleh perah untuk menulis, cubalah buat aktiviti lain. Bersukan sihatkan badan ke, takpun mengaji. Boleh juga tambah pahala.

Ada juga jenis blog yang dibuat untuk berniaga, memperaga muka. Yang itu gua tak mau masuk campur. Terpulang masing masing punya cara. Nak di debik sorang sorang gua tak larat.

Kesimpulan mudahnya, baik gua sendiri yang menulis. Asyik baca blog orang kemudian mencarut pasal tak best gua kira bukan suatu tabiat yang baik. Elok gua sendiri tulis, gua sendiri gelak, gua sendiri carut pasal tak best. Lagi gua puas hati.

Gua kira cukuplah sampai sini sebagai intro. Dah nama pon intro buat apa sembang panjang panjang. Jumpa lagi di lain masa. Gua dah ngantuk.